Monday, 15 July 2013

Blogger Pro PR buat hal lagi

Dalam dua tiga hari ni kecoh di media mengenai sepasang blogger pro PR Alvin dan Vivian yang dikatakan menghina umat Islam dan ibadah berpuasa dengan memuat naik gambar mereka sedang melantak Bak Kut Teh sejenis makanan masyarakat cina yang berasaskan DAGING BABI dan di dalam gambar tersebut ucapat selamat berbuka puasa dan logo HALAL JAKIM.


MM teringin nak tanya kepada pasangan dua ekor lembu ni adakah mereka bodoh ataupun gagal mata pelajaran sivik ketika di sekolah ataupun memang mempunyai agenda untuk menghina agama Islam. Adakah mereka bodoh sehinggakan tidak mengetahui bahawa BABI itu haram di sisi Islam dan logo HALAL adalah tidak boleh sama sekali diletakkan bersama dengan makanan yang mempunyai unsur BABI.

Apabila ramai masyarakat menghentam tindakan mereka ini tahu pula marah dan bising tetapi kenyataan yang mereka keluarkan lepas itu adalah sangat menyakitkan hati seolah-olah mereka mencabar dan menghina kepada mereka yang marah dengan tindakan dua ekor lembu ini.




MM hairankan apabila tiada pula sebarang ayat atau kenyataan kecaman terhadap kedua ekor lembu ni dari PR baik dari PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mahupun PKR yang penasihatnya kononnya adalah anugerah Allah. Adalah mereka tidak peka dengan perkara tersebut ataupun mereka menutup mulut disebabkan lembu ini dikatakan agak rapat dengan salah seorang pemimpin pro PR



Sebelum ini MM ada tulis satu artikal mengenai Pemuda UMNO Bagan Serai yang membuat laporan polis terhadap mereka yang menghina Institusi Raja dan juga Agama Islam (baca di sini).

Tetapi yang lebih menghairankan MM apabila ada juga orang-orang Melayu lupa daratan yang membela kedua lembu ini dengan mengatakan "mereka ni cina mana tau pasal Islam", "buat apa marah sedangkan ada orang Islam sendiri menghina dan tidak menghormati Islam". Humangaiii sampai macam tu sekali punya nak bela lembu dua ekor ni adakah bagi mereka tak mengapa jika Islam dihina oleh bangsa asing disebabkan ada segelintir orang Islam yang hanya Islam pada nama? Kalau orang yang beragama Islam sendiri tidak membela agamanya agak-agak yang beragama lain nak ke membela dan menjaga maruah agama Islam? fikirlah jangan disebabkan terlalu taksub dengan sesebuah parti politik semua benda kita nak kompromi.

Ketika artikel ini ditulis MM difahamkan kedua-dua lembu ini telah dipanggil oleh SKMM dan telah diarahkan untuk memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia, diulangi TELAH DIARAHKAN UNTUK MEMOHON MAAF, bukannya mereka sedar telah melakukan kesalahan tetapi telah diarahkan untuk memohon maaf jadi sejauh manakah keikhlasan mereka untuk memohon maaf?


Menurut sumber dari PerakToday lembu ini akan disiasat mengikut  Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 (baca di sini)

Mengikut akta berkenaan, jika sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Pasangan itu tiba di SKMM di Bangunan Sultan Abdul Samad kira-kira pukul 10.45 pagi. (RM50K je? MM pasti mereka akan membayarnya dan tidak sedikitpun menyesal dengan perbuatan mereka)

MM berharap pihak berkuasa akan memainkan peranan dan tegas didalam hal ini, ini bukan hal main-main sebab ini bersangkutan dengan agama Islam dan agama Islam adalah Agama Persekutuan dan telah dinyatakan hak-hak agama Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Lagipun ini bukan kali pertama mereka disabitkan kesalahan seperti ini, jangan la hanya ambil keterangan lepas tu tiada tindakan seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini. Rakyat sudah muak dengan kelonggaran dan ketidak tegasan pihak berkuasa didalam menegakkan undang-undang yang berkaitan Agama Islam dan Institusi Raja. INI KALI LAH KASI TEGAS.

p/s: walau apapun kita teruskan boikot barangan DAP.

No comments:

Post a Comment