Tuesday, 16 July 2013

Ayam punya hal kecoh 1Malaysia

Sebenarnya MM malas nak sentuh pasal kenaikan harga ayam yang hangat dikatakan semenjak dua menjak ni disebabkan MM tahu musim perayaan Aidilfitri semakin hampir dan masalah ini sudah berlarutan dari dahulu lagi sama ada bekalan ayam tidak mencukupi ataupun harga ayam melambung naik, tapi disebabkan dua hari sudah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan Datuk Hasan Malek buat "statement" menyarankan pengguna menukar selera kepada ikan atau daging MM rasa idea Datuk sangatlah tidak praktikal. 



Memang MM akui idea Datuk menteri adalah untuk menekan pengusaha dan pembekal ayam yang sudah tentunya ramai yang berbangsa cina yang dengan sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga ayam di kala musim perayaan untuk mengaut keuntungan tetapi sedarkan Datuk yang saranan Datuk ini hampir saja tidak masuk akal? Tahukah Datuk berapa harga sekilo daging dan ikan? Tahukah Datuk yang rakyat ni bukan saja pengguna individu tetapi ada yang berniaga mencari rezeki dengan bahan asasnya adalah ayam? Mana mungkin rakyat mampu memboikot penggunaan ayam. 

MM rasa lebih baik Datuk buat kajian sama ada memantau harga ayam ataupun dengan cara menetapkan harga ayam bila tiba musim perayaan itu lebih baik ataupun menyarankan kepada kementerian mencari alternatif lain dengan mengimport ayam dari luar. Seingat MM dulu pernah satu ketika negara menghadapi masalah yang hampir sama apabila pembekal kelapa menyorok kelapa untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan  harga kelapa dan Menteri Perdagangan pada ketika itu telah melakukan langkah yang drastik dengan  mengimport kelapa dari Indonesia dan Thailand sehinggakan berlakunya lambakan  dan secara tidak langsung menyebabkan pengusaha yang tamak berputih mata apabila harga kelapa jatuh dengan mendadak dan masalahpun selesai. Tetapi jika diikutkan saranan Datuk menteri sampai bila baru masalah nak selesai? Pengusaha dan pembekal ayam tahu lambat laun pengguna terpaksa kembali kepada ayam apabila hari perayaan makin dekat.

Akhir kata MM harap Datuk menteri lepas ni kalau nak cakap atau lontarkan idea tu fikir la dulu, jangan nanti sampai rakyat cemuh Datuk menteri seorang yang cetek fikiran ataupun dangkal. Datuk kena ingat setiap tutur kata Datuk mewakili kementerian dan kerajaan yang memerintah, jangan la sampai menjadi "back fire" balik kepada kerajaan disebabkan idea Datuk yang tidak praktikal itu. 


Tahap mentaliti Calon PR di PRK N1 Kuala Besut

MM tak nak cakap banyak, layan je video ni dan nilailah sendiri, inilah mentaliti calon PAS bagi PRK N1 Kuala Besut. Kalau dah awal-awal otak nak berniaga buat apa terima pencalonan tu lebih baik Che Long teruskan saja berniaga.


MM difahamkan selepas membuat kenyataan tersebut calon PAS ini telah diarahkan "tutup mulut" dari memberi sebarang kenyataan yang pelik-pelik oleh pihak atasan.

p/s: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata......1 Malaysia sudah tahu........

Monday, 15 July 2013

MP DAP dungu ataupun bodoh?

MM lihat DAP ni tak habis-habis nak mengganggu dan bermain api apabila mencadangkan sesuatu yang boleh dikatakan bangang ataupun bodoh.
Ahli Parlimen DAP Dr. Ko Chung Sen yang ternyata anti Islam dengan terang-terangan mencadangkan subjek Tamadun Islam supaya menjadi subjek tidak wajib bagi pelajar-pelajar di IPTS. Disebabkan akalnya yang cetek ataupun dangkal beliau tanpa cuba memahami sama sekali apakah itu subjek Tamadun Islam terus saja membuat cadangan yang ternyata bodoh lagi dungu.

Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan UKM telah pun menjelaskan bahawa kursus tersebut yang dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu merangkumi huraian topik Islam dan bukan Islam serta membincangkan topik hal ehwal Melayu dan bukan Melayu.

Bagi MM manusia seperti ini ramai di Malaysia dan otak dan pemikiran mereka yang tertutup dan anti Islam dapat dipastikan dengan kenyataan dan perbuatan mereka ini. Bagi mereka selagi tak menjahanamkan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan dan orang Melayu dan bumiputera yang mendapat hak keistimewaan maka selagi itulah mereka akan terus membangkitkan isu-isu yang boleh mengganggu gugat kestabilan antara kaum.

MM ingin sekali bertanyakan kepada MP DAP ni adakah beliau tahu apakah itu subjek Tamadun Asia dan Tamadun Islam? MM yakin walaupun beliau adalah MP dan berstatus DOKTOR tetapi beliau tidak sama sekali mengetahui apakah yang terkandung di dalam subjek-subjek tersebut dan disebabkan kedunguan beliau itulah jika dilaksanakan subjek tersebut sebagai subjek tidak wajib maka makin ramailah kaum-kaum cina yang akan bertambah dungu dan akan melakukan kesalahan seperti 2 ekor lembu (Alvin & Vivian) memuat naik gambar mengucapkan Selamat Berbuka Puasa dengan melantak Bak Kut Teh dan disertakan dengan logo HALAL JAKIM. (sila baca di sini)

Sebenarnya tindakan mereka ni tidaklah mengejutkan MM sebab bak kata pepatah bila pokok tu condong kura-kura pun boleh meniti. Disebabkan Melayu sendiri tidak bersatu dan berpuak-puak maka tidak hairanlah puak chuvanis ini mengambil kesempatan. Cuba kita tengok segelintir orang Melayu yang sanggup melacurkan bangsa mereka sendiri, sanggup merosakkan agama Islam disebabkan tamak kuasa dan teringin menjadi pemerintah. Nurul Izzah sendiri menyokong orang Melayu diberikan kebebasan beragama dan MP Parit Buntar (PAS) menyokong kenyataan Nurul Izzah. 

 
MM cadangkan supaya kerajaan dan kementerian pengajian tinggi tidak melayan kerenah MP DAP ni kalau dilayan nanti makin teruk jadinya cukup lah kedunguan yang ditunjukkan oleh puak chuvanis ini.

Blogger Pro PR buat hal lagi

Dalam dua tiga hari ni kecoh di media mengenai sepasang blogger pro PR Alvin dan Vivian yang dikatakan menghina umat Islam dan ibadah berpuasa dengan memuat naik gambar mereka sedang melantak Bak Kut Teh sejenis makanan masyarakat cina yang berasaskan DAGING BABI dan di dalam gambar tersebut ucapat selamat berbuka puasa dan logo HALAL JAKIM.


MM teringin nak tanya kepada pasangan dua ekor lembu ni adakah mereka bodoh ataupun gagal mata pelajaran sivik ketika di sekolah ataupun memang mempunyai agenda untuk menghina agama Islam. Adakah mereka bodoh sehinggakan tidak mengetahui bahawa BABI itu haram di sisi Islam dan logo HALAL adalah tidak boleh sama sekali diletakkan bersama dengan makanan yang mempunyai unsur BABI.

Apabila ramai masyarakat menghentam tindakan mereka ini tahu pula marah dan bising tetapi kenyataan yang mereka keluarkan lepas itu adalah sangat menyakitkan hati seolah-olah mereka mencabar dan menghina kepada mereka yang marah dengan tindakan dua ekor lembu ini.




MM hairankan apabila tiada pula sebarang ayat atau kenyataan kecaman terhadap kedua ekor lembu ni dari PR baik dari PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mahupun PKR yang penasihatnya kononnya adalah anugerah Allah. Adalah mereka tidak peka dengan perkara tersebut ataupun mereka menutup mulut disebabkan lembu ini dikatakan agak rapat dengan salah seorang pemimpin pro PR



Sebelum ini MM ada tulis satu artikal mengenai Pemuda UMNO Bagan Serai yang membuat laporan polis terhadap mereka yang menghina Institusi Raja dan juga Agama Islam (baca di sini).

Tetapi yang lebih menghairankan MM apabila ada juga orang-orang Melayu lupa daratan yang membela kedua lembu ini dengan mengatakan "mereka ni cina mana tau pasal Islam", "buat apa marah sedangkan ada orang Islam sendiri menghina dan tidak menghormati Islam". Humangaiii sampai macam tu sekali punya nak bela lembu dua ekor ni adakah bagi mereka tak mengapa jika Islam dihina oleh bangsa asing disebabkan ada segelintir orang Islam yang hanya Islam pada nama? Kalau orang yang beragama Islam sendiri tidak membela agamanya agak-agak yang beragama lain nak ke membela dan menjaga maruah agama Islam? fikirlah jangan disebabkan terlalu taksub dengan sesebuah parti politik semua benda kita nak kompromi.

Ketika artikel ini ditulis MM difahamkan kedua-dua lembu ini telah dipanggil oleh SKMM dan telah diarahkan untuk memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia, diulangi TELAH DIARAHKAN UNTUK MEMOHON MAAF, bukannya mereka sedar telah melakukan kesalahan tetapi telah diarahkan untuk memohon maaf jadi sejauh manakah keikhlasan mereka untuk memohon maaf?


Menurut sumber dari PerakToday lembu ini akan disiasat mengikut  Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 (baca di sini)

Mengikut akta berkenaan, jika sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Pasangan itu tiba di SKMM di Bangunan Sultan Abdul Samad kira-kira pukul 10.45 pagi. (RM50K je? MM pasti mereka akan membayarnya dan tidak sedikitpun menyesal dengan perbuatan mereka)

MM berharap pihak berkuasa akan memainkan peranan dan tegas didalam hal ini, ini bukan hal main-main sebab ini bersangkutan dengan agama Islam dan agama Islam adalah Agama Persekutuan dan telah dinyatakan hak-hak agama Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Lagipun ini bukan kali pertama mereka disabitkan kesalahan seperti ini, jangan la hanya ambil keterangan lepas tu tiada tindakan seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini. Rakyat sudah muak dengan kelonggaran dan ketidak tegasan pihak berkuasa didalam menegakkan undang-undang yang berkaitan Agama Islam dan Institusi Raja. INI KALI LAH KASI TEGAS.

p/s: walau apapun kita teruskan boikot barangan DAP.