ISU SYARIKAT PERKAPALAN DAN KRISIS EKONOMI 1997
Seperti biasa, Isu Politik Semasa pro-pembangkang yang dibina daripada unggun penipuan dan api pembohongan telah melemparkan satu lagi fitnah terhadap Dr Mahathir, dan pada masa yang sama, mengampu ketua umum mereka, Anwar Ibrahim. Saya telah membaca dan menganalisiskan posting pendek yang dilakukan oleh -konan-, dan saya telah dapati pelbagai kepincangan daripada posting yang tidak melepasi lima perenggan tersebut.Biar saya jelaskan bahawa pada tahun 1997, krisis yang dimaksudkan bukannya krisis global, jadi entah daripada buku Snow White atau Cinderella mana yang -konan- petik untuk menyatakan ekonomi dunia sedang jatuh pada ketika itu. Saya meminta -konan- untuk beri penjelasan lengkap berlandaskan fakta dan sejarah ekonomi. Krisis itu sekadar Krisis Asia.
Sebelum berlakunya Krisis Kewangan 1997, Dr Mahathir telah mengambil cuti selama dua bulan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan kepimpinan pentadbiran beliau yang ternyata hanya dongengan semata-mata. Untuk pengetahuan anda, Dr Mahathir sebenarnya telah membuat keputusan untuk bersara pada tahun 1998 (setahun selepas itu). Tetapi oleh kerana situasi negara tidak stabil, beliau menunda hingga beberapa tahun kemudiannya.
Sebagai pemangku Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah meletakkan nilai ringgit dalam jualan ‘short-selling’ untuk George Soros melakukan sebuah spekulasi sehingga nilai matawang kita dihentam dengan teruk. Pelabur-pelabur pun mula menarik balik segala pelaburan yang telah dibuat, sekaligus membuka peluang untuk negara kita terjunam dalam kancah krisis.
Mungkin anda boleh memberi penjelasan bahawa ini merupakan taktik Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keuntungan melalui institusi-institusi kewangan. Kalau begitu, memang terbuktilah Anwar Ibrahim tidak pandai untuk menguruskan kekayaaan negara. Kenapa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah tergelincir ke dalam kancah krisis KEG2009 dan Eurozone Crisis? Kerana permainan institusi kewangan inilah, dan juga perbelanjaan yang boros sejak tahun 2000 lagi.
Negara kita memberikan fokus kepada latihan-latihan kepada para-para belia dan pertambahan peluang-peluang pekerjaan sebagai sumber ekonomi. Inilah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebagai, “real economy”, sebuah pendekatan kapitalisme telus. Kalau anda menggunakan institusi-institusi kewangan sebagai sumber ekonomi, tiada wang yang masuk keluar pun sebenarnya, hanya angka yang mampu runtuh sahaja.
Mula saya ingin bertanya, adakah anda tahu apa itu ‘short-selling’? Kalau tidak tahu, sila buat kajian ‘short-selling’ matawang negara sebelum mengampu Anwar Ibrahim.
‘Short-selling’ dalam matawang merupakan satu perniagaan yang berisiko tinggi. Bayangkan sebuah kontrak matawang dihasilkan antara AS$(1.00) dan RM(3.00). Jika harga ringgit kekal atau menjadi lebih kukuh, ianya tidak akan menghasilkan apa-apa kesan buruk, tetapi jika ringgit mula menjadi lemah, impaknya sudah tentu akan memburukkan keadaan. Dan apa yang akan berlaku apabila George Soros membuat spekulasi bahawa nilai matawang ringgit akan turun? Sudah tentunya para-para pelabur tidak akan mengambil risiko, dan akan tarik balik segala pelaburan untuk menyelamatkan wang mereka.
Apabila para-para pelabur mula melarikan diri, apa yang sebenarnya Anwar Ibrahim lakukan? Adakah beliau merujuk kepada Dr. Mahathir? Tidak, beliau tunduk kepada dasar-dasar ‘pemulihan’ yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) --kenaikan kadar RIBA dan penurunan perbelanjaan kerajaan.
Ini yang memberi kesan yang sangat buruk kepada ekonomi negara sehingga pemulihan menjadi hampir mustahil. Apabila Dr Mahathir kembali, sudah tentu pemecatan Anwar Ibrahim sebenarnya satu keputusan yang terbaik sejak beliau gagal. Jadi apa yang ‘reformasi!’ dan ‘Anwar Ibrahim dizalimi!’? Anwar yang telah zalimi negara kita. Kalau ini negara Jepun, ‘Anwar Ibrahimoto’ mesti akan letak jawatan, atau melakukan ‘harakiri’.
Itu sudut ekonomi. Kalau anda mahu saya sentuh pasal pemulihan yang dilakukan, anda hanya perlu minta sahaja. Cuba anda fikir, kalau ini semua hanya sekadar lakonan, adakah Cyprus akan gunakan langkah pemulihan yang diwartakan oleh Dr Mahathir? Ianya benar, dan hanya anda sahaja yang kata ianya lakonan.
Saya ingin menyentuh sedikit pasal fitnah syarikat perkapalan yang anda buat, tetapi saya agak keliru, sejak bila pula Mirzan Mahathir terlibat dalam syarikat perkapalan? Mohon anda rujuk semula kerana kalau tidak silap, ianya Mokhzani Mahathir.
Tidak kisahlah Mirzan atau Mokhzani, anda telah menipu penyokong anda sekali lagi dengan sebuah ‘half-truth’. Sedih jadi penyokong anda yang sekadar makan rumput yang telah dicurahkan najis.
Untuk pengetahuan anda, dua dasar pemulihan yang perlu diketengahkan -- bailouts dan bank mergers. Selepas merombak semula MRCB yang telah dirosakkan oleh Anwar Ibrahim, Dr Mahathir telah menghiraukan ‘nasihat’ Mendiang Margaret Thatcher dan terus memberi bailouts kepada banyak syarikat yang telah menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.
Prinsip kapitalisme memang memerlukan syarikat-syarikat untuk menjana pendapatan, dan tolong ceritakan bagaimana pendapatan boleh diraih kalau tiada bajet (akibat tiada pelaburan), dan tolong ceritakan bagaimana nak ada bajet kalau tiada bailouts?
Saya juga mahu anda tunjukkan kepada rakyat usaha mana yang sebenarnya masuk dalam poket Mokhzani Mahathir, sedangkan suntikan kewangan ini sekadar untuk membangunkan semula harimau kapitalis yang telah dicederakan dengan permainan tipu Anwar Ibrahim. Dan semasa penilaian kewangan dibuat, ekonomi negara kita dicartakan dalam status pertumbuhan stabil. Dan untuk pengetahuan anda, bailouts ini telah selamatkan beratus ribu jika tidak berjuta pekerjaan-pekerjaan, tidak kira Bumiputera atau bukan Bumiputera.
Jangan cakap pasal rakyat kalau anda sekadar mengampu ketua umum anda yang sebenarnya berjuang atas nama rakyat tetapi berprinsipkan Mr. Deficits.
*Credit to Mahathirisme Blog
No comments:
Post a Comment