Tuesday, 28 May 2013

Bukti Dokumen Sejarah. Skrip Strategi Pakatan Dalam PRU 13 Telah Tertulis Sejak Tahun 1980an.


Apa kaitan dengan OPS LALANG (1987) dengan keputusan PRU 13? Sepatutnya, keputusan PRU kali ini lebih mirip kepada PRU ke-3 (1969) di mana Parti Perikatan hilang undi popular.


Setelah mengkaji dokumen sejarah yang pernah dibentangkan di Parlimen mengenai OPS LALANG, rupa-rupanya strategi DAP selepas PRU ke-7 (1986) sama seperti strategi mereka dalam PRU 13. Selain daripada itu, pendekatan lebih liberal Kerajaan pimpinan Tun Mahathir yang baru menggantikan Tun Hussein Onn pada tahun 1981 juga menyebabkan pembangkang besar kepala dan mula membelakangkan undang-undang.


Sebagai rumusan, berikut adalah strategi yang digunakan oleh pembangkang untuk memecah belahkan kaum terutamanya kaum Cina selepas PRU ke-7.

1. Menggunakan isu-isu perkauman seperti isu sekolah Cina.
2. Menggunakan isu Kalimah Allah (kononnya murid bukan Islam dipaksa meminta restu daripada Allah).
3. Menuduh MCA dan MIC sebagai penakut dan tunduk kepada UMNO.
4. Menggunakan persatuan-persatuan Cina untuk menyerang Kerajaan.
5. Menggunakan gerakan Kristian bandar untuk menyebarkan dakyah Anti Kerajaan.
6. Menggunakan isu Alam Sekitar seperti Asian Rare Earth (sama seperti isu Lynas).
7. Menggunakan gerakan-gerakan pelajar termasuk luar negara yang diketuai oleh Hishamuddin Rais.
8. Peranan akhbar-akhbar seperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan. Peranan Watan sekarang ini diganti oleh Sinar Harian.

Anda tidak percaya dengan pendedahan ini? Jika tak percaya, sila baca sendiri  
KERTAS PUTIH TAHUN 1988 YANG DIBENTANG DI PARLIMEN BERTAJUK KE ARAH MEMELIHARA KESELAMATAN NEGARA.


Cover page






Sumber :
http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/07/08/operasi-lalang-in-1987-part-1/
http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/07/09/operasi-lalang-1987-part-2/

*Credit to mymassa blogspot
*Mohon disebarkan kepada semua orang Melayu. Bila Kerajaan berlembut kepada pembangkang, mereka pula naik tocang. Pembangkang tahu ramai Orang Melayu malas untuk mengkaji sejarah negara. Sebab itulah mereka berani untuk menggunakan taktik yang sama untuk menjatuhkan Kerajaan yang sama.

PAS TOLAK HIMPUNAN BLACKOUT 505

Akhirnya ada juga pimpinan Pas yang sedar dan menolak himpunan Blackout 505, sedarlah wahai Pas, PKR dan DAP sebenarnya hanya mahu menggunakan Pas semata-mata kerana undi sahaja, lebih baik Pas menasihati sahabat-sahabat mereka itu sebelum terlambat. RAKYAT SUDAH MUAK DAN PENAT DENGAN PERANGAI DEMO JALANAN.


BN silap ikut strategi badut Pakatan - Daim

 
 
KUALA LUMPUR: Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.
 
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.
 
Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.
 
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.
 
Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.
 
"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.
 
"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.
 
"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "
 
Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.
 
"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.
 
"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.
 
Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.
 
"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.
 
"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.
 
Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.
 
Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.
 
Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.
 
BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.
 
"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim.
 
*Source antarapos.com

Isu Syarikat Perkapalan Dan Krisis Ekonomi 1997

ISU SYARIKAT PERKAPALAN DAN KRISIS EKONOMI 1997

Seperti biasa, Isu Politik Semasa pro-pembangkang yang dibina daripada unggun penipuan dan api pembohongan telah melemparkan satu lagi fitnah terhadap Dr Mahathir, dan pada masa yang sama, mengampu ketua umum mereka, Anwar Ibrahim. Saya telah membaca dan menganalisiskan posting pendek yang dilakukan oleh -konan-, dan saya telah dapati pelbagai kepincangan daripada posting yang tidak melepasi lima perenggan tersebut.

Biar saya jelaskan bahawa pada tahun 1997, krisis yang dimaksudkan bukannya krisis global, jadi entah daripada buku Snow White atau Cinderella mana yang -konan- petik untuk menyatakan ekonomi dunia sedang jatuh pada ketika itu. Saya meminta -konan- untuk beri penjelasan lengkap berlandaskan fakta dan sejarah ekonomi. Krisis itu sekadar Krisis Asia.

Sebelum berlakunya Krisis Kewangan 1997, Dr Mahathir telah mengambil cuti selama dua bulan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan kepimpinan pentadbiran beliau yang ternyata hanya dongengan semata-mata. Untuk pengetahuan anda, Dr Mahathir sebenarnya telah membuat keputusan untuk bersara pada tahun 1998 (setahun selepas itu). Tetapi oleh kerana situasi negara tidak stabil, beliau menunda hingga beberapa tahun kemudiannya.

Sebagai pemangku Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah meletakkan nilai ringgit dalam jualan ‘short-selling’ untuk George Soros melakukan sebuah spekulasi sehingga nilai matawang kita dihentam dengan teruk. Pelabur-pelabur pun mula menarik balik segala pelaburan yang telah dibuat, sekaligus membuka peluang untuk negara kita terjunam dalam kancah krisis.

Mungkin anda boleh memberi penjelasan bahawa ini merupakan taktik Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keuntungan melalui institusi-institusi kewangan. Kalau begitu, memang terbuktilah Anwar Ibrahim tidak pandai untuk menguruskan kekayaaan negara. Kenapa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah tergelincir ke dalam kancah krisis KEG2009 dan Eurozone Crisis? Kerana permainan institusi kewangan inilah, dan juga perbelanjaan yang boros sejak tahun 2000 lagi.

Negara kita memberikan fokus kepada latihan-latihan kepada para-para belia dan pertambahan peluang-peluang pekerjaan sebagai sumber ekonomi. Inilah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebagai, “real economy”, sebuah pendekatan kapitalisme telus. Kalau anda menggunakan institusi-institusi kewangan sebagai sumber ekonomi, tiada wang yang masuk keluar pun sebenarnya, hanya angka yang mampu runtuh sahaja.

Mula saya ingin bertanya, adakah anda tahu apa itu ‘short-selling’? Kalau tidak tahu, sila buat kajian ‘short-selling’ matawang negara sebelum mengampu Anwar Ibrahim.

‘Short-selling’ dalam matawang merupakan satu perniagaan yang berisiko tinggi. Bayangkan sebuah kontrak matawang dihasilkan antara AS$(1.00) dan RM(3.00). Jika harga ringgit kekal atau menjadi lebih kukuh, ianya tidak akan menghasilkan apa-apa kesan buruk, tetapi jika ringgit mula menjadi lemah, impaknya sudah tentu akan memburukkan keadaan. Dan apa yang akan berlaku apabila George Soros membuat spekulasi bahawa nilai matawang ringgit akan turun? Sudah tentunya para-para pelabur tidak akan mengambil risiko, dan akan tarik balik segala pelaburan untuk menyelamatkan wang mereka.

Apabila para-para pelabur mula melarikan diri, apa yang sebenarnya Anwar Ibrahim lakukan? Adakah beliau merujuk kepada Dr. Mahathir? Tidak, beliau tunduk kepada dasar-dasar ‘pemulihan’ yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) --kenaikan kadar RIBA dan penurunan perbelanjaan kerajaan.

Ini yang memberi kesan yang sangat buruk kepada ekonomi negara sehingga pemulihan menjadi hampir mustahil. Apabila Dr Mahathir kembali, sudah tentu pemecatan Anwar Ibrahim sebenarnya satu keputusan yang terbaik sejak beliau gagal. Jadi apa yang ‘reformasi!’ dan ‘Anwar Ibrahim dizalimi!’? Anwar yang telah zalimi negara kita. Kalau ini negara Jepun, ‘Anwar Ibrahimoto’ mesti akan letak jawatan, atau melakukan ‘harakiri’.

Itu sudut ekonomi. Kalau anda mahu saya sentuh pasal pemulihan yang dilakukan, anda hanya perlu minta sahaja. Cuba anda fikir, kalau ini semua hanya sekadar lakonan, adakah Cyprus akan gunakan langkah pemulihan yang diwartakan oleh Dr Mahathir? Ianya benar, dan hanya anda sahaja yang kata ianya lakonan.

Saya ingin menyentuh sedikit pasal fitnah syarikat perkapalan yang anda buat, tetapi saya agak keliru, sejak bila pula Mirzan Mahathir terlibat dalam syarikat perkapalan? Mohon anda rujuk semula kerana kalau tidak silap, ianya Mokhzani Mahathir.

Tidak kisahlah Mirzan atau Mokhzani, anda telah menipu penyokong anda sekali lagi dengan sebuah ‘half-truth’. Sedih jadi penyokong anda yang sekadar makan rumput yang telah dicurahkan najis.

Untuk pengetahuan anda, dua dasar pemulihan yang perlu diketengahkan -- bailouts dan bank mergers. Selepas merombak semula MRCB yang telah dirosakkan oleh Anwar Ibrahim, Dr Mahathir telah menghiraukan ‘nasihat’ Mendiang Margaret Thatcher dan terus memberi bailouts kepada banyak syarikat yang telah menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.

Prinsip kapitalisme memang memerlukan syarikat-syarikat untuk menjana pendapatan, dan tolong ceritakan bagaimana pendapatan boleh diraih kalau tiada bajet (akibat tiada pelaburan), dan tolong ceritakan bagaimana nak ada bajet kalau tiada bailouts?

Saya juga mahu anda tunjukkan kepada rakyat usaha mana yang sebenarnya masuk dalam poket Mokhzani Mahathir, sedangkan suntikan kewangan ini sekadar untuk membangunkan semula harimau kapitalis yang telah dicederakan dengan permainan tipu Anwar Ibrahim. Dan semasa penilaian kewangan dibuat, ekonomi negara kita dicartakan dalam status pertumbuhan stabil. Dan untuk pengetahuan anda, bailouts ini telah selamatkan beratus ribu jika tidak berjuta pekerjaan-pekerjaan, tidak kira Bumiputera atau bukan Bumiputera.

Jangan cakap pasal rakyat kalau anda sekadar mengampu ketua umum anda yang sebenarnya berjuang atas nama rakyat tetapi berprinsipkan Mr. Deficits.

*Credit to Mahathirisme Blog

Ini Kartun Punya Cerita

Ini kartun punya cerita. Patutlah PR sakan nak turunkan harga minyak, rupa-rupanya minyak yang dah tak dijual yang mereka ingin turunkan harga (RON92) kesian Pakatan Rosak ni..... Lagi kesian kepada mereka yang menyokong Pakatan Rosak.


Bangsa Melayu Mengelilingi Dunia

BANGSA MELAYU MENGELILINGI DUNIA

Kalau ditanya kepada kalian, siapakah manusia pertama yang mengelilingi dunia? Nama yang hinggap di benak kalian pastinya Ferdinand Magellan bukan? Tetapi bagaimana kalau saya bilang bahawa beliau bukan orang pertama tetapi seorang Melayu yang bernama Panglima Awang Hitam. Oh ya, seorang Melayu ini telah dikristiankan secara paksa oleh Ferdinand Magellan ketika Melaka ditawan. Dengan berat hati, Panglima Awang terpaksa mengikuti Ferdinand Magellan atau nyawanya dalam bahaya.

Apa yang menarik di sini, Magellan tahu bahawa beliau tidak akan dapat mengelilingi dunia tanpa bantuan orang Melayu. Ilmu laut orang Melayu memang sangat ditagih ketika itu. Magellan tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama seperti mana yang dilakukan oleh Columbus apabila tersalah laluan untuk ke india sehingga menjumpai benua Amerika secara tidak sengaja.

Ketika berada di atas kapal, Magellan tertarik dengan kerajinan yang ditunjukkan oleh Awang lalu melantik beliau menjadi orang kanan Magellan dalam menunaikan misi mengelilingi dunia. Daripada situ, pengaruh Awang semakin kuat. Ketika singgah di sebuah kepulauan di Filipina, Magellan telah mati kerana peperangan di sana. Kru kapal yang mengenali Awang yang terkenal dengan kemahirannya lantas diambil untuk mengetuai armada kapal itu.

Hasil daripada usaha Awang ini, Magellan pula yang mendapat nama sebagai orang pertama mengelilingi dunia padahal orang Melayulah yang menjadi manusia pertama mengelilingi dunia. Hari ini, seberapa kerat anak Melayu kita mengenali siapakah itu Awang?

*Credit to Mahathirisme Blog

Takkan Melayu Hilang Di dunia

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA




"Takkan Melayu hilang di dunia" itulah kata-kata pahlawan Melayu Melaka Laksamana Hang Tuah, namun sejauh mana kebenarannya??

Sekarang ni ramai yg malu utk mengaku dirinya melayu, bagi mereka Melayu itu hanyalah bangsa yang tidak patut dibanggakan, ASSOBIYYAH iaitu taksub pada bangsa sendiri.

Di Indonesia jika kita tanya rakyat mereka apakah bangsa kamu?
jawapan yang akan anda terima "KAMI BERBANGSA INDONESIA"

 Mereka seolah-olah malu untuk mengaku bangsa mereka sendiri

Di Malaysia juga sekarang sudah ada bangsa Melayu yang malu untuk mengaku mereka berbangsa Melayu, mereka mahu dikenali sebagai rakyat Malaysia, Bangsa Malaysia tiada lagi istilah Melayu di dalam diri mereka, tiada lagi jati diri Melayu di dalam hati mereka, bangsa asing diangkat tinggi, pujian melangit kepada bangsa asing tetapi kejian demi kejian dilemparkan kepada bangsa sendiri. Bagi mereka mengaku Melayu bermakna menyokong ASSOBIYYAH, Nasionalis dan sebagainya.

Jadi dimanakah kebenaran kata-kata "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"??

YA...MEMANG TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA, KAUM MELAYU AKAN TERUS KEKAL SELAGI BELUM KIAMAT, TETAPI YANG AKAN HILANG ADALAH JATI DIRI MELAYU ITU SENDIRI, JATI DIRI DAN SEMANGAT MELAYU YANG DIROBEK OLEH KAUM LAIN YANG MAHU MELAYU TIDAK BERSATU, YANG MAHU MELAYU TERUS LAYU, YANG MAHU MELAYU TERUS MENGHINA BANGSANYA SENDIRI DAN YANG PALING MENYEDIHKAN BANGSA MELAYU SENDIRI MEMBIARKAN MALAHAN MENYOKONG AGENDA KAUM LAIN TERSEBUT.

Jadi tepuk dada tanyalah selera, dimanakah anda, masih adakah JATI DIRI MELAYU DIDALAM DIRI ANDA???MASIH ADAKAH SEMANGAT SAYANGKAN BANGSA MELAYU DIDALAM DIRI ANDA??

Semua persoalan dan jawapan itu ada didalam diri kita dan akan terus menghantui diri kita..