Tuesday, 16 July 2013
Ayam punya hal kecoh 1Malaysia
Tahap mentaliti Calon PR di PRK N1 Kuala Besut
MM difahamkan selepas membuat kenyataan tersebut calon PAS ini telah diarahkan "tutup mulut" dari memberi sebarang kenyataan yang pelik-pelik oleh pihak atasan.
p/s: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata......1 Malaysia sudah tahu........
Monday, 15 July 2013
MP DAP dungu ataupun bodoh?
Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan UKM telah pun menjelaskan bahawa kursus tersebut yang dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu merangkumi huraian topik Islam dan bukan Islam serta membincangkan topik hal ehwal Melayu dan bukan Melayu.
Bagi MM manusia seperti ini ramai di Malaysia dan otak dan pemikiran mereka yang tertutup dan anti Islam dapat dipastikan dengan kenyataan dan perbuatan mereka ini. Bagi mereka selagi tak menjahanamkan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan dan orang Melayu dan bumiputera yang mendapat hak keistimewaan maka selagi itulah mereka akan terus membangkitkan isu-isu yang boleh mengganggu gugat kestabilan antara kaum.
MM ingin sekali bertanyakan kepada MP DAP ni adakah beliau tahu apakah itu subjek Tamadun Asia dan Tamadun Islam? MM yakin walaupun beliau adalah MP dan berstatus DOKTOR tetapi beliau tidak sama sekali mengetahui apakah yang terkandung di dalam subjek-subjek tersebut dan disebabkan kedunguan beliau itulah jika dilaksanakan subjek tersebut sebagai subjek tidak wajib maka makin ramailah kaum-kaum cina yang akan bertambah dungu dan akan melakukan kesalahan seperti 2 ekor lembu (Alvin & Vivian) memuat naik gambar mengucapkan Selamat Berbuka Puasa dengan melantak Bak Kut Teh dan disertakan dengan logo HALAL JAKIM. (sila baca di sini)
Sebenarnya tindakan mereka ni tidaklah mengejutkan MM sebab bak kata pepatah bila pokok tu condong kura-kura pun boleh meniti. Disebabkan Melayu sendiri tidak bersatu dan berpuak-puak maka tidak hairanlah puak chuvanis ini mengambil kesempatan. Cuba kita tengok segelintir orang Melayu yang sanggup melacurkan bangsa mereka sendiri, sanggup merosakkan agama Islam disebabkan tamak kuasa dan teringin menjadi pemerintah. Nurul Izzah sendiri menyokong orang Melayu diberikan kebebasan beragama dan MP Parit Buntar (PAS) menyokong kenyataan Nurul Izzah.
Blogger Pro PR buat hal lagi
MM teringin nak tanya kepada pasangan dua ekor lembu ni adakah mereka bodoh ataupun gagal mata pelajaran sivik ketika di sekolah ataupun memang mempunyai agenda untuk menghina agama Islam. Adakah mereka bodoh sehinggakan tidak mengetahui bahawa BABI itu haram di sisi Islam dan logo HALAL adalah tidak boleh sama sekali diletakkan bersama dengan makanan yang mempunyai unsur BABI.
Apabila ramai masyarakat menghentam tindakan mereka ini tahu pula marah dan bising tetapi kenyataan yang mereka keluarkan lepas itu adalah sangat menyakitkan hati seolah-olah mereka mencabar dan menghina kepada mereka yang marah dengan tindakan dua ekor lembu ini.
MM hairankan apabila tiada pula sebarang ayat atau kenyataan kecaman terhadap kedua ekor lembu ni dari PR baik dari PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mahupun PKR yang penasihatnya kononnya adalah anugerah Allah. Adalah mereka tidak peka dengan perkara tersebut ataupun mereka menutup mulut disebabkan lembu ini dikatakan agak rapat dengan salah seorang pemimpin pro PR
Sebelum ini MM ada tulis satu artikal mengenai Pemuda UMNO Bagan Serai yang membuat laporan polis terhadap mereka yang menghina Institusi Raja dan juga Agama Islam (baca di sini).
Ketika artikel ini ditulis MM difahamkan kedua-dua lembu ini telah dipanggil oleh SKMM dan telah diarahkan untuk memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia, diulangi TELAH DIARAHKAN UNTUK MEMOHON MAAF, bukannya mereka sedar telah melakukan kesalahan tetapi telah diarahkan untuk memohon maaf jadi sejauh manakah keikhlasan mereka untuk memohon maaf?
Menurut sumber dari PerakToday lembu ini akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 (baca di sini)
Mengikut akta berkenaan, jika sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Pasangan itu tiba di SKMM di Bangunan Sultan Abdul Samad kira-kira pukul 10.45 pagi. (RM50K je? MM pasti mereka akan membayarnya dan tidak sedikitpun menyesal dengan perbuatan mereka)
MM berharap pihak berkuasa akan memainkan peranan dan tegas didalam hal ini, ini bukan hal main-main sebab ini bersangkutan dengan agama Islam dan agama Islam adalah Agama Persekutuan dan telah dinyatakan hak-hak agama Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Lagipun ini bukan kali pertama mereka disabitkan kesalahan seperti ini, jangan la hanya ambil keterangan lepas tu tiada tindakan seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini. Rakyat sudah muak dengan kelonggaran dan ketidak tegasan pihak berkuasa didalam menegakkan undang-undang yang berkaitan Agama Islam dan Institusi Raja. INI KALI LAH KASI TEGAS.
p/s: walau apapun kita teruskan boikot barangan DAP.
Sunday, 16 June 2013
UMNO & NGO sudah, PR bila lagi?
Satu laporan polis telah dibuat terhadap manusia - manusia tidak sedar diri yang telah menghina Institusi Raja dan juga Nabi Muhammad SAW di Balai Polis Daerah Kerian.
Antara yang hadir adalah wakil dari Pertubuhan Belia 4B dan selaku pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai (Nazirul Jamaluddin), wakil PERKASA, wakil PERKIDA dan beberapa NGO - NGO lain.
Laporan polis dibuat di atas kebiadaban pengguna laman social Facebook (Calvin Gani dan Rakyat Anarki) yang tanpa rasa bersalah telah mencetuskan sensitiviti agama dan perkauman.
Menurut wakil yang hadir mereka mendesak supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi membendung gejala yang dilihat telah mula menjadi barah di dalam masyarakat majmuk khususnya di Malaysia dengan menyentuh sensitiviti orang MELAYU. Mereka juga mendesak pihak berkuasa memainkan peranan dengan tegas dan bertindak pantas bagi membendung perkara - perkara seperti ini dari berulang lagi.
=========================================
So kepada PR, MM nak tanya ni, UMNO dan NGO - NGO lain yang menyokong kerajaan sudah buat report, PR bila lagi nak buat report polis?
Tuesday, 11 June 2013
BAHANG PEMILIHAN UMNO MULA DIRASAI
MM dengar cerita ada yang dah mula buka tapak melobi untuk jawatan-jawatan UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian. Pantas sungguh mereka tu ya. Kalau yang melobi tu adalah mereka yang benar-benar berjuang untuk parti tak mengapalah tetapi yang MM tak sedap dengar tu ada yang hanya tau bercakap dan bertuankan "fulus" semata-mata.
*p/s: Nampaknya UMNO masih belum mampu berubah.
Monday, 10 June 2013
UMB DIBUBARKAN??
Seriously betul ke apa yg aku dengar ni? UMB akan dibubarkan dan akan diganti dengan BN YOUTH VOLUNTEERS?
Apakah relivennya menggantikan UMB yang selama ini berjuang untuk UMNO/BN kepada kumpulan baru? Adakah disebabkan permintaan demi permintaan yang diminta seperti membubarkan UMNO dan digantikan dengan hanya satu parti tunggal yang multiracial? Ataupun ini adalah satu lagi cetusan idea makhluk-makhluk yang kononnya cerdik pandai mengatur strategi untuk PRU13 lepas sehinggakan BN hampir tersungkur.
Aku rasa tak perlulah membubarkan UMB, cuma yang perlu dilakukan adalah penambahbaikan, buang mereka-mereka yang melakukan demi wang atau agenda tersendiri. Ramai yang sayangkan UMNO tapi disebabkan wujud "tukang kipas" di dalam UMNO menyebabkan mereka meluat dan menjauhkan diri.
Sebenarnya banyak keburukan dari kebaikan pembubaran UMB, sebagai contoh berapa kerat sangat cyber troops kaum lain yang menghuni parti komponen BN selain UMNO sudi untuk berkhidmat di dalam unit media ini? Aku takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Last last nanti UMB ini juga yang terpaksa bertungkus lumus untuk memenangkan BN pada PRU14 nanti.
*p/s: dengar cerita ramai UMB yang tak puas hati dengan dana UMB disapu oleh "tukang kipas"