Sunday, 16 June 2013

UMNO & NGO sudah, PR bila lagi?

Sabtu
5.00 Petang
Bagan Serai

Satu laporan polis telah dibuat terhadap manusia - manusia tidak sedar diri yang telah menghina Institusi Raja dan juga Nabi Muhammad SAW di Balai Polis Daerah Kerian. 

Antara yang hadir adalah wakil dari Pertubuhan Belia 4B dan selaku pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai (Nazirul Jamaluddin), wakil PERKASA, wakil PERKIDA dan beberapa NGO -  NGO lain.

Laporan polis dibuat di atas kebiadaban pengguna laman social Facebook (Calvin Gani dan Rakyat Anarki) yang tanpa rasa bersalah telah mencetuskan sensitiviti agama dan perkauman.

Menurut wakil yang hadir mereka mendesak supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi membendung gejala yang dilihat telah mula menjadi barah di dalam masyarakat majmuk khususnya di Malaysia dengan menyentuh sensitiviti orang MELAYU. Mereka juga mendesak pihak berkuasa memainkan peranan dengan tegas dan bertindak pantas bagi membendung perkara - perkara seperti ini dari berulang lagi. 


=========================================

ok enough said. MM setuju dengan desakan mereka ni sebab MM rasa kerajaan sekarang ni terlalu berlembut dengan puak - puak perosak ni. Sebagai contoh tengok saja apa yang jadi dengan kontroversi penghinaan lagu Negaraku oleh NAMEWEE. Hanya dengan memohon maaf (itupun keluarga dia yang memohon maaf bukan tuan punya diri) maka kita lupakan saja. Bukan isu itu saja, isu yang baru saja berlaku apabila seorang pemuda berbangsa CINA di Pulau Pinang bertindak biadab menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Raja Permaisuri Agong. Bagi kita yang berbangsa Melayu sudah cukup banyak penghinaan yang kita terima.

MM nak cadangkan kalau nak hukum puak - puak perosak ni biar betul - betul. Kalau setakat denda RM8000 atau penjara 2 tahun mereka senang - senang ja bayar sebab puak - puak ni ada duit. Lepas ni patutnya letak denda RM250,000 DAN penjara 8 tahun, biar puak - puak ni sedar diri sikit duduk dalam penjara tu.

So kepada PR, MM nak tanya ni, UMNO dan NGO - NGO lain yang menyokong kerajaan sudah buat report, PR bila lagi nak buat report polis?

*p/s: dengar cerita ada seorang lagi puak perosak menghina institusi Beraja kita dengan mengedit bait-bait rangkap lagu NegaraKu, dengar cerita budak tu budak MELAYU, study di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tuesday, 11 June 2013

BAHANG PEMILIHAN UMNO MULA DIRASAI

MM dengar cerita ada yang dah mula buka tapak melobi untuk jawatan-jawatan UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian. Pantas sungguh mereka tu ya. Kalau yang melobi tu adalah mereka yang benar-benar berjuang untuk parti tak mengapalah tetapi yang MM tak sedap dengar tu ada yang hanya tau bercakap dan bertuankan "fulus" semata-mata.

*p/s: Nampaknya UMNO masih belum mampu berubah.

Monday, 10 June 2013

UMB DIBUBARKAN??

Seriously betul ke apa yg aku dengar ni? UMB akan dibubarkan dan akan diganti dengan BN YOUTH VOLUNTEERS?

Apakah relivennya menggantikan UMB yang selama ini berjuang untuk UMNO/BN kepada kumpulan baru? Adakah disebabkan permintaan demi permintaan yang diminta seperti membubarkan UMNO dan digantikan dengan hanya satu parti tunggal yang multiracial? Ataupun ini adalah satu lagi cetusan idea makhluk-makhluk yang kononnya cerdik pandai mengatur strategi untuk PRU13 lepas sehinggakan BN hampir tersungkur.

Aku rasa tak perlulah membubarkan UMB, cuma yang perlu dilakukan adalah penambahbaikan, buang mereka-mereka yang melakukan demi wang atau agenda tersendiri. Ramai yang sayangkan UMNO tapi disebabkan wujud "tukang kipas" di dalam UMNO menyebabkan mereka meluat dan menjauhkan diri.

Sebenarnya banyak keburukan dari kebaikan pembubaran UMB, sebagai contoh berapa kerat sangat cyber troops kaum lain yang menghuni parti komponen BN selain UMNO sudi untuk berkhidmat di dalam unit media ini? Aku takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Last last nanti UMB ini juga yang terpaksa bertungkus lumus untuk memenangkan BN pada PRU14 nanti.

*p/s: dengar cerita ramai UMB yang tak puas hati dengan dana UMB disapu oleh "tukang kipas"